Sunday, 4 January 2009

Merintis Usaha Menjaga Keselamatan


Tajuk ini nampaknya terlalu terselindung bagi setengah orang, namun bagi saya keselamatan ialah faktor utama yang sangat terang untuk kita rintis. Saya ingin namakan "Keselamatan Total" atau dalam Bahasa Inggeris "Total Security". Kita melihat isu keselamatan sebagai suatu isu yang total dan semua pihak mestilah berperanan untuk menjaga keselamatan. 
Ramai yang beranggapan bahwa tragedi ialah suatu kejadian terminal, namun bagi saya ianya sebuah proses penjagaan keselamatan yang titik akhirnya ialah tragedi. Berlakunya tragedi kerana kita mengabaikan proses menjaga keselamatan. Kita akan selamat kalau kita mengamalkan proses penjagaan keselamatan yang rapi dan berdisiplin. Kita mesti akur kepada Hukum Alam yang telah ditetapkan oleh ALlah Yang Maha Pencipta. Ketidakakuran kita kepada Hukum Allah akan memusnahkan bumi yang perlu kita wariskan kepada generasi yang akan datang.
Pada 23 Disember 2008, saya berkesempatan melawat sambil belajar ke lokasi penyelidikan "Unmanned Aerial Vehicle (UAV)" di Bandung, Indonesia. Pusat tersebut dengan kerjasama Institut Teknologi Bandung, berupaya membangun UAV yang memenangi hadiah di Korea pada pertengahan 2008 yang lalu. UAV ini selain bertugas untuk membuat pemetaan, ianya juga berfungsi untuk mengawal keselamatan fizikal melalui pesawat terbang tanpa pemandu. Banyak fungsi-fungsi lain yang boleh dibuat melalui usaha yang sedemikian. Kerjasama dengan Indonesia dalam bidang ini merupakan suatu ruang yang sangat bermakna untuk mengembangkan ilmu yang selama ini didominasi oleh Amerika untuk dibawa pulang ke Nusantara dan dimanfaatkan oleh anak-anak muda kita yang memerlukan pendedahan ke arah sistem automasi keselamatan serantau.
Inilah yang saya sebut sebagai "Merintis Usaha Menjaga Keselamatan", semoga idea ini boleh mencetus idea-idea seterusnya untuk memajukan bidang automasi sistem UAV.

No comments: