Kuala Perlis, 25 Jun 2008, IMK dilancarkan. Institut Matematik Kejuruteraan (IMK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dilancarkan pada 25 Jun 2008 oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UniMAP Prof Dr Zul Azhar Zahid Jamal. IMK merupakan satu-satunya institut yang sedemikian di Malaysia. Kajian-kajian matematik yang berkaitan dengan kejuruteraan dapat dijalankan di IMK. Selain itu kajian dalam bidang-bidang matematik yang lain juga dapat diadakan di IMK sebagai aplikasi matematik dalam kegiatan masyarakat dan keilmuan.
UniMAP mengharapkan IMK dapat berperanan mengembangkan ilmu matematik dalam melahirkan graduan kejuruteraan yang berwibawa dan mahir. Melalui ilmu matematik jurutera dapat mereka bentuk sistem yang tepat, optimum dan canggih bagi kebaikan sistem-sistem kejuruteraan di Malaysia dan seluruh dunia.
Dalam ucapanya Dekan IMK Prof Madya Abdull Halim Abdul mengharapkan agar institusi penyelidikan yang lain seperti Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) dan Fakulti Sains UTM dapat membantu perkembangan IMK dalam penyelidikan dan pengajaran.