Monday 30 June 2008

“International Conference On Mathematics and Statistics 2009 (ICoMS-4)" di IMK, UniMAP, Perlis


Kuala Perlis, 25 Jun 2008, dicadangkan dalam Seminar Pelancaran Institut Matematik Kejuruteraan bahwa “International Conference On Mathematics and Statistics 2009 (ICoMS-4)” di diadakan di Institut Matematik Kejuruteraan (IMK), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Diperkirakan Konferensi Antarabangsa itu akan diadakan dalam bulan Julai atau Ogos 2009, dengan mengambilkira Asean Mathematical Conference (AMC) anjuran USM akan diadakan pada Jun 2009 di PWTC, Kuala Lumpur. Ini bermakna peserta yang akan menyertai AMC akan dapat bergerak ke Utara untuk ICoMS-4 pula selepas itu.

Memandangkan ICoMS-1 diadakan di Bandung, ICoMS-2 diadakan di INSPEM, UPM, Serdang dan ICoMS-3 akan diadakan di Bogor dari 5 hingga 6 Ogos 2008, maka adalah wajar ICoMS-4 bergerak ke Utara Malaysia iaitu ke Universiti Malaysia Perlis.

Menurut Prof Madya Abdull Halim Abdul, Dekan Institut Matematik Kejuruteraan, UniMAP, Perlis yang beliau tidak keberatan untuk menganjurkan acara matematik besar itu, beliau menjelaskan sambil memperkenalkan IMK kepada dunia, UniMAP juga akan turut diperkenalkan.

Semoga dengan penganjuran konferensi sebesar itu, akan mematangkan IMK dalam melayari kemajuan pesat Matematik Kejuruteraan di masa mendatang.