Monday 11 August 2008

Kerjasama Penyelidikan dengan Institut Teknologi Bandung


Dalam lawatan singkat kami, En. Mustafa Man dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan saya daripada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke Institut Teknologi Bandung (ITB), khususnya ke "Pusat Penelitian Elektronika dan Telekomunikasi (PPET)" yang berada di bawah Lembaga Ilmu Pengetahuan Indonesia (LIPI) telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan menambah ilmu kami tentang ruang dan peluang penyelidikan dengan ITB.

Dalam lawatan 7 Ogos 2008, jam 1830 Waktu Indonesia Barat (WIB) kami telah disambut oleh Bapak Yuyu Wahyu, seorang pakar dalam penyelidikan radar dan mengetuai salah satu laboratori di LIPI. Bapak Yuyu Wahyu telah menerangkan bidang penyelidikan yang sedang mereka usahakan di LIPI dan En Mustafa Man telah menceritakan tentang penyelidikan beliau yang dijalankan di UMT.

Maklumat lanjut tentang penyelidikan yang di lakukan oleh PPET dapat dilihat dalam http://www.ppet.lipi.go.id/ atau jika ada sebarang pertanyaan boleh ajukan ke info@ppet.lipi.go.id dan di UMT En Mustafa Man telah melakukan banyak penyelidikan yang berdaya maju dan kita boleh melihat hasil kerja En Mustafa Man yang produktif melalui laman web beliau http://staff.umt.edu.my/~mustafaman/ atau kalau ada yang ingin mengajukan pertanyaan boleh email mustafaman@umt.edu.my dan beliau sangat bersedia berkongsi pengalaman dengan mana-mana penyelidik.

No comments: